Ahad, 24 Mei 2009

KULIAH MINGGU KE-4

KAJIAN KEPUSTAKAAN

Kajian kepustakaan/ tinjauan literatur membabitkan sorotan ke atas bahan-bahan literatur seperti buku, jurnal, artikel seminar dan laporan. Dengan membuat tinjauan literatur, pengkaji akan lebih memahami berkaitan dengan aspek ataupun permasalahan yang ingin dikaji.

Menurut Hendricks (2006), tinjauan literatur ini penting dengan pelbagai sebab. Antaranya:

i- Pengkaji berpeluang meneliti terlebih dahulu topik yang ingin dijalankan kajian
ii- Belajar hasil dari pengalaman pengkaji lain untuk membentuk perancangan yang lebih tersusun

Dalam tinjauan literatur seperti jurnal contohnya, adalah penting untuk penulis mengambil kira aspek kesahan iaitu (adakah proses yang dilalui dalam kajian tersebut telah mengukur apa yang sepatutnya diukur) dalam mendapatkan hasil yang tepat terhadap kajian yang dijalankan.

Selain itu, dalam membuat penelitian atau pembacaan terhadap kajian kepustakaan ini, penyelidik boleh memberikan perhatian dan tumpuan kepada satu atau beberapa ciri kajian tindakan seperti sampel, setting, prosedur, pengumpulan dan penganalisaan data.

Proses-proses berikut perlu dilakukan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih menyeluruh dan menjadi lebih bermakna..

- Menganalisis

Analisis dilakukan dengan mengolah maklumat dengan menghuraikan kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat. Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubungkait antara bahagian-bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat. Proses ini merupakan satu kemahiran yang kompleks yang memerlukan beberapa ciri kemahiran berfikir.

- Menilai

Menilai di sini bermaksud membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah. Proses ini memerlukan pengkaji untuk meneliti setiap ciri-ciri kajian tindakan ketika tinjauan yang dilakukan.

- Membuat kesimpulan

Seterusnya mengkaji menyimpulkan dengan membuat pernyataan tentang sesuatu hasil kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan. Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal dan menyokong.

- Mensintesis

Sistesis bermaksud menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan.

Selasa, 12 Mei 2009

AKTIVITI BERKUMPULAN KULIAH MINGGU KE-3

MOHD AZIZI BIN SULAIMAN
JUNAIDON BIN ABD MAJID
MOHD HAFIZ BIN HASSAN

Lapan sebab kenapa ada orang yang menentang perubahan

1) Tidak akan melakukan apa yang biasa dilakukan
2) Beranggapan perubahan tidak membawa faedah
3) Perubahan memerlukan masa yang panjang
4) Tidak bersedia menerima perubahan
5) Perubahan berlaku secara mendadak atau tiba-tiba ( kejutan budaya)
6) Tidak menepati kehendak diri
7) Tidak yakin dengan perubahan yang berlaku
8) Tiada ilmu terhadap sesuatu perubahan

Cara Penyelesaian

1) Kenalpasti apa yang patut dilakukan
2) Kaji selidik sesuatu perubahan
3) Ambil masa untuk menerima sesuatu perubahan
4) Membuat perubahan secara beransur-ansur
5) Berbincang dan mencari kata sepakat dalam membuat sesuatu perubahan
6) kenalpasti apa kehendak diri
7) Melihat perubahan dari segi positif

NOTA KULIAH MINGGU KE-3 (DR IZHAM)

PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN
KONSEP PENDIDIKAN: Perkara paling utama dalam menyediakan manusia menghadapi masa depan.
PERUBAHAN: Sesuatu yang tidak dapat dielakkanMenurut Oliver(1996): Perubahan lebih menggambarkan ciri-ciri pendidikan berbanding kestabilan. Perubahan yang berlaku kadangkala mewujudkan ketidakpastian. Manakala ketidakpastian mesti dielakkan kerana ianya boleh meruntuhkan masa depan palajar
JENIS-JENIS PERUBAHAN
Menurut Dessier (1995) perubahan terbahagi kepada 4:
i) Perubahan kearah peningkatan: Memberi kesan kepada komponen tertentu dalam organisasi.
ii) Perubahan strategik organisasi: Melibatkan perubahan keseluruhan organisasi
- Definisi semula peranan organisasi
- Perubahan nilai teras organisasi
- Perubahan struktur dan strategi organisasi
iii) Perubahan Reaktif (Tindakbalas): Akibat daripada tidakbalas daripada pihak pelanggan atau pihak yang berkepentingan.
- Perubahan dari segi prosedur dan cara layanan pelanggan hendaklah dilakukannya) Perubahan akibat daripada jangkaan: Disebabkan dari kesedaran.
- Persiapan berkemungkinan berlakunya perubahan
- Penciptaan teknologi baru yang memerlukan organisasi perubahan
- Persiapan menghadapi polisi kerajaan.
- Perubahan dalam trend tenaga kerja
MODEL-MODEL PERUBAHAN
a) Model penggabungan Roger
- Proses inovasi bermula apabila masalah telah dikenalpasti
- Masalah adalah mungkin berdasarkan penyelidikan
- Kemudian masalah akan disiasat dan bagaimana akan diselesaikan
b) Model Kanter
- Struktur dan inovasi dapat difahami sekiranya dibahagikan kepada 4 perkara:
o Penjanaan idea
o Membina idea
o Merealisasikan idea
o Pemindahan idea
c) Model Rand
- Kajian tindakan untuk memandu ke arah pengumpulan dan analisis data
- Berman & McLaughin: proses melibatkan 3 langkah:
o Daya usaha
o Implimentasi
o Penggabungan (dengan amalan sedia ada)
d) Model Acot
- Kehendak perubahan dalam proses Pengajaran dan pembelajaran berkembang secara beransur-ansur
- Model ini mempunyai 5 langkah perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, iaitu:-

1. Kemasukan (Entry)
2. Memilih (Adoption)
3. Menyesuaikan (Adaptation)
4. Penggunaan (Appopriation)
5. Mereka Cipta (Invention)

Ahad, 10 Mei 2009

TUGASAN 1 - ULASAN BUKU “THE ART OF ACTION RESEARCH IN THE CLASSROOM”

LATAR BELAKANG KAJIAN TINDAKAN
Kajian tindakan adalah salah satu bentuk pendekatan bersifat penyelidikan yang boleh digunakan oleh guru dalam P&P dalam bilik darjah. Oleh kerana kemampuan pendekatan ini dalam menyelesaikan permasalahn dalam bilik darjah maka penggunaan teknik ini perlu difikirkan. Sebenarnya kajian tindakan telah lama diguna pakai dalam bidang pendidikan. Bagi pengamal kajian tindakan, didapati bahawa kajian ini menggalakkan kreativiti dan inovasi guru dalam meneroka amalan pengajaran yang baru. Macintyre (2000) mengatakan bahawa, “kajian tindakan ialah rangka untuk penilaian kendiri di sekolah dan pendekatan dalam kajian tindakan yang mementingkan refleksi dan inkuiri yang bertujuan untuk membaiki atau mengubah amalan kendiri dalam sesuatu situasi sosial”.
Guru-Guru Perlu Menjalankan Kajian Tindakan
Guru-guru perlu menjalankan kajian tindakan di dalam kelas masing-masing untuk meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana, kajian tindakan yang dijalankan dapat mengenal pasti atau mengesan kelemahan pelajar dan guru perlulah memikirkan cara-cara yang sesuai untuk mengatasi kelemahan tersebut mengikut kesesuaian pelajar di dalam sesuatu kelas. Hal ini terbukti melalui kajian tindakan yang telah dijalankan di beberapa buah negara maju akhirnya berjaya meningkatkan pencapaian pelajar masing-masing.Seperti yang telah diterangkan tadi, kajian tindakan ialah kajian yang dilakukan untuk mengenal pasti atau mengesan punca-punca masalah dan mencari langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Jika masalah tersebut masih tidak dapat diatasi, kajian semula harus dilakukan untuk mencuba langkah lain yang lebih berkesan bagi mengatasi masalah itu.
Dengan perkataan lain, guru-guru perlulah reflektif, kreatif dan proaktif bagi merawat masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajarnya dengan berkesan.Dalam hal ini guru-guru sepatutnya menjalankan kajian tindakan di dalam kelas masing-masing atau di sekolah masing-masing untuk mengatasi kelemahan dan masalah yang dihadapi oleh pelajar. Kelemahan-kelemahan dan masalah pelajar tersebut perlu ditangani oleh guru itu sendiri dan sepatutnya guru itu perlu mencari cara yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Hal ini demikian kerana, guru-guru yang mengajar di dalam sesebuah kelas itu sendiri yang memahami kelemahan murid-muridnya. Oleh itu, guru tersebut perlu mencuba langkah-langkah yang difikirkan sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid di dalam kelasnya sendiri.Satu perkara lagi yang perlu diberikan perhatian ialah guru-guru itu sendiri perlu membuat muhasabah diri (cermin diri) dan mengkaji kelemahan dirinya sendiri yang mungkin menjadi punca kelemahan dan masalah murid-muridnya. Perkara ini selalunya tidak disedari oleh guru-guru yang mengajar murid-muridnya di dalam kelas. Ada juga guru yang menganggap dirinya sudah sempurna dan tiada kelemahan langsung hingga menyebabkan guru tersebut tidak dapat menerima kritikan atau komen daripada murid-muridnya, pandangan rakan-rakan sejawatan ataupun pihak lain yang memberikan teguran. Sepatutnya guru-guru perlu bersikap terbuka dan sanggup menerima kritikan demi kebaikan dirinya untuk membaiki kelemahan yang ada. Dengan kata lain, kajian tindakan ini juga boleh digunakan untuk mengkaji kelemahan diri, seterusnya memikirkan cara untuk membaiki kelemahan tersebut dan akhirnya akan dapat meningkatkan prestasi pengajaran guru-guru di dalam kelas.
Kaedah Kajian Tindakan
Kaedah yang digunakan dalam kajian tindakan tidaklah terlalu rumit, kerana yang pentingnya ialah hasil atau dapatan yang hendak diperoleh. Kaedah untuk mendapatkan data atau maklumat perlulah mudah dan tidak kompleks untuk mengenal pasti masalah murid-murid. Hal ini demikian kerana, kajian tindakan tidak sama dengan kajian konvensional yang memerlukan kaedah kajian yang lebih lengkap dan rumit. Sampelnya pun tidak memerlukan angka atau bilangan yang besar kerana masalahnya pun tidak sama antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain dan antara satu kelas dengan kelas yang lain. Kebiasaannya, kajian tindakan ini bermula dengan refleksi pengajaran yang lepas. Oleh hal yang demikian, kita perlu meneliti refleksi yang ditulis dalam buku rekod mengajar dan juga perkara yang kita alami semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.Kaedah menganalisis data dalam kajian tindakan juga tidak memerlukan analisis yang rumit atau mengikut analisis data bagi penyelidikan yang konvensional, tetapi cukup setakat menggunakan kaporan pemerhatian, peratus atau bilangan sahaja.
Perkara yang perlu diberikan penekanan untuk menganalisis data ini ialah perubahan yang berlaku terhadap pelajar-pelajar itu yang biasanya dilihat dari sudut perubahan tingkah laku ataupun perubahan dari segi markah yang diperoleh oleh pelajar-pelajar tersebut. Hal ini demikian kerana, sampel kajian tindakan ini tidak besar dan yang pentingnya ialah dapatan yang diperoleh hasil analisis data tersebut. Oleh hal yang demikian, analisis data kajian tindakan juga kebiasaannya melibatkan kaedah kualitatif di samping kaedah yang biasa digunakan iaitu kaedah kuantitatif. Perkara ini memang tidak dapat dielakkan kerana kebanyakan kajian tindakan selalunya melibatkan aspek yang berkaitan dengan sikap, tingkah laku atau tabiat yang sukar diukur dengan nombor.

Sabtu, 9 Mei 2009

Aktiviti 1 (Refleksi BIG II)

Saya telah mengikuti Program Bina Insan Guru II di Pulau Pangkor (11 April-15 April 2009). Pelbagai pengalaman dan pengetahuan yang saya telah perolehi. Dengan itu juga saya sudah dapat mengenalpasti beberapa kelemahan dan tindakan susulan yang perlu diambil supaya terdapat penambaikan apabila menyertai program-program akan datang.

MASALAH UTAMA:
· Kelemahan dalam perancangan sebelum mengendalikan sesuatu program.
· Kurang maklumat mengenai program yang akan dikendalikan.

PENAMBAHBAIKAN:
· Berusaha untuk merancang dengan teliti bersama-sama ahlijawatakuasa yang lain.
· Membuat rujukan kepada pensyarah dengan teratur sebelum mengendalikan program.
· Mencari maklumat yang secukupnya sebelum memulakan program.
· Mempelbagaikan teknik pengurusan pengendalian program iaitu contohnya dengan menyediakan beberapa plan program; sekiranya program A tidak dapat dijalankan kerana masalah-masalah tertentu, maka program diteruskan dengan Plan B.

PELAN TINDAKAN

MATLAMAT:
Melahirkan guru yang mempunyai persediaan yang rapi di dalam diri bagi setiap masa.

OBJEKTIF:
· Mewujudkan kesefahaman antara ahli jawatankuasa program.
· Memupuk sifat bertanggjungjawab dalam melaksanakan tugasan masing-masing.
· Melahirkan guru-guru yang mempunyai sifat kerjasama dan berkepimpinan tinggi.

LANGKAH-LANGKAH:
· Dapat merancang setiap aktiviti dan tugasan yang diterima dengan teliti dan penuh dedikasi.
· Sentiasa bersedia dengan maklumat sesuatu program sebelum mengendalikan tugasan.
· Selalu mencari bahan rujukan untuk melengkapkan diri sebagai guru yang serba boleh.
· Sentiasa berfikiran positif terhadap ahli jawatankuasa program.
· Melaksanakan sesi perbincangan di antara ahli jawatankuasa untuk mengumpul maklumat dan pendapat yang efektif.

PENGUMPULAN DATA:
· Penilaian fasilitator & rakan-rakan terhadap sesuatu program yang telah dilaksanakan.
· Post-mortem.

PEMANTAUAN:
· Refleksi diri.
· Komen dan pendapat daripada pensyarah dan rakan-rakan.

MENILAI PENCAPAIAN :
· Penambahbaikan program di antara program terdahulu dan akan datang.
· Pemerhatian kepada kekurangan pelaksanaan program yang lepas.
· Mengambil komen-komen daripada pensyarah dan rakan-rakan sebagai bahan rujukan terhadap penambahbaikan program.

AKTIVITI 2

AHLI KUMPULAN:

MOHD AZIZI BIN SULAIMAN
JUNAIDON ABDUL MAJID
MOHD HAFIZ HASSAN

KELEMAHAN

Antara kelemahan yang ketara dalam subjek kaedah mengajar pada semester lalu yang dapat dilihat adalah tidak pandai menyesuaikan penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) serta tidak mengaplikasikan teori Psikologi Pendidikan dalam kaedah mengajar.

PENAMBAHBAIKAN

Penambahbaikan yang dirancang adalah :
i) Merancang lebih awal langkah-langkah dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)serta bilakah masa yang sesuai akan digunakan Bahan Bantu Mengajar
ii)Guru harus lebih kreatif supaya Bahan Bantu Mengajar lebih berkesan
iii)Memahami konsep sesuatu teori dengan lebih mendalam dan menyesuaikan penggunaannya di dalam bilik darjah

MATLAMAT

Matlamat umum adalah untuk menjadikan BBm lebih berkesan serta dapat dapat menyesuaikan penggunaannya ketika proses P&P. Selain itu adalah untuk memastikan agar penggunaan teori pembelajaran dapat dilaksanakan.

OBJEKTIF

1) Pelajar mudah memahami kandungan pembelajaran
2) Dapat mengaplikasikan teori psikologi dalam bilik darjah

PELAN TINDAKAN

Langkah-langkah yang diambil:
i) Menyediakan RPH dengan lebih tersusun dan terancang lebih awal
ii) Mendapatkan maklum balas daripada pelajar tentang bahan bantu mengajar yang disediakan
iii)Memantau dari masa ke masa perubahan tingkah laku pelajar sebelum, semasa, dan selepas sesuatu teori dijalankan

TAJUK BUKU UNTUK ULASAN KAJIAN TINDAKAN

Nama pengarang : Christine Macintyre
Tahun terbitan : 2000
Tajuk buku : The Art of Action Research in the Classroom
Negara penerbit : United Kingdom
Nama penerbit : David Publishers Ltd