Ahad, 26 April 2009

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan (Nota Minggu Pertama)

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

Kajian/ Penyelidikan
Merupakan satu proses langkah-langkah yang digunakan untuk mengumpul dan menganalisis data untuk mendapatkan dan meningkatkan kefahaman ke atas sesuatu topik.

Proses Kajian ( secara umum )



Kajian tindakan amat penting terutamanya kepada guru. Ini kerana dengan adanya kajian tindakan, maka guru akan dapat:-
· Menambah pengetahuan.
· Menambah baik amalan (praktik).
· Mendebatkan sesuatu polisi.
· Membina kemahiran melakukan penyelidikan.
Keutamaan penyelidikan di kalangan guru adalah untuk MENAMBAHBAIKAN kemahiran, teknik, strategi dan sesuatu amalan yang dapat member impak kepada anak murid.

Jenis-Jenis Kajian Tindakan dalam Bentuk Pendidikan.

Terdapat beberapa jenis kajian tindakan yang boleh dilakukan untuk meningkatkan lagi kemahiran seseorang guru dan juga anak murid mereka:-
1. Individu. Kebiasaannya ia fokus kepada satu isu dalam bilik darjah.
2. Kolaberatif (secara berkumpulan). Boleh dilakukan dengan fokus kepada satu isu tetapi berbeza bilik darjah mengikut guru masing-masing.
3. Peringkat Sekolah. Biasanya dilakukan dengan fokus satu isu yang sama di peringkat sekolah.
4. Peringkat Daerah. Biasanya dilakukan dengan fokus kepada beberapa sekolah di peringkat daerah.
Antara cara yang biasa digunakan dalam kajian tindakan ialah dengan merancang – tindakan – pemerhatian – refleksi. Ataupun mengikut situasi dan bentuk kajian masing-masing.

Contoh Kajian Tindakan Dalam Pendidikan.

Isu : Disiplin Pelajar Dalam Sekolah
Guru merancang terlebih dahulu dengan menyenaraikan peraturan-peraturan sekolah kemudian bertindak dengan melaksanakan semua peraturan kepada pelajar dengan pemerhatian. Refleksi dilakukan akhir sekali untuk melihat respon pelajar terhadap isu yang dikaji. Sekiranya tidak dapat memberi refleksi yang baik, bentuk kajian diulang-ulang sehingga dapat menghasilkan kesan kajian yang mantap dan berkesan.

KULIAH MINGGU KE-2




REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN
Reka bentuk kajian tindakan meliputi 4 langkah terpenting yang wajib ada apabila sesuatu kajian itu dilakukan iaitu
1) Merefleksi
2) Merancang
3) melaksana strategi
4) memantau untuk membuat penilaian
Kitaran ini mungkin akan berterusan dan akan wujud selagi mana permasalahan yang dikaji masih tidak dapat diatasi ataupun belum mencapai keputusan yang dikehendaki. Kami telah melakukan beberapa aktiviti bagi memantapkan lagi pemahaman kami mengenai konsep kajian tindakan ini secara keseluruhan.